KUALA LUMPUR 11 Okt. - Bekas pengasas bersama PKR, Ng Lum Yong dan Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) membuat laporan polis bagi menggesa siasatan berhubung penyebaran sekeping gambar yang disifatkan cuba mengaibkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Gambar yang dipercayai menggunakan teknik pertindihan gambar atau super impose itu didedahkan oleh sebuah blog prokerajaan anotherbrickinwall.blogspot.com sejak Jun lalu, yang mendakwa gambar berkenaan disebarkan menerusi sebuah lagi blog milik pemimpin pembangkang.
Menurut Lum Yong, beliau mengetahui tentang gambar yang memaparkan gambar palus Najib, model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda itu setelah ditunjukkan oleh seorang rakan di sebuah restoran di Ampang.
"Saya curiga dengan penyebaran gambar itu oleh seorang pemimpin pembangkang. Adakah perbuatannya sengaja untuk memburuk-burukkan imej pemimpin nombor satu negara atau konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan.
"Oleh itu, saya bersama JMM mendesak agar polis membuat siasatan lanjut dalam hal ini supaya perbuatan tersebut tidak disalah tafsir oleh orang ramai," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pihaknya juga sangsi dengan tindakan penyebaran gambar itu yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi memburuk imej Perdana Menteri.
"Laporan hari ini juga mendesak siasatan berhubung kenyataan Pengarah Suaram Dr. Kua Kia Siong di sebuah akhbar, beberapa bulan lalu yang mengatakan pertubuhan itu menerima dana asing bagi membiayai kempen memfitnah Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment