Thursday 1 August 2013

JMM lodges police report against Suaram

ILLEGAL BODY: Organisation defamed PM during buka puasa event on July 19, says Azwanddin

KUALA LUMPUR: JARINGAN Melayu Malaysia (JMM) has lodged a police report against Suara Rakyat Malaysia (Suaram) for organising events and soliciting donations.

JMM president Azwanddin Hamzah claimed that Suaram was an illegal body and was not registered with the Registrar of Companies.

He said Suaram had organised a breaking fast event on July 19 at the PJ Civic Centre and had collected more than RM100,000 in donations.

He said that the organisation had also defamed Prime Minister Datuk Seri Najib Razak at the same event.

The fundraiser was purportedly to raise money for Suaram's Ops Scorpene campaign.

Suaram is being investigated by RoC for possibly being an illegal entity.

"Why are they allowed to conduct events and solicit for donations when they are not a registered body?

"I urge the Inland Revenue Board and the RoC to investigate it as soon as possible," he said outside the Dang Wangi police headquarters yesterday.

Azwanddin, who had tried to enter the fundraising event last week, said the organisers had barred him from doing so as they knew he was JMM president.

"Despite paying for it, they barred me from entering. But seven of my colleagues (from JMM) got in and they related to me what had happened inside."

He said there were 75 tables at the event and the cost was about RM1,500 per table.

"Besides soliciting for donations, they went on to defame Najib and tried to link him with the murder of Mongolian model Altantuya Shaariibuu."

The New Straits Times yesterday confirmed that the French inquiry into the Scorpene deal was not looking at Altantuya's murder but focused on the alleged corruption on the part of French naval giant DCNS.

He said Suaram should stop trying to link the prime minister with the murdered Mongolian or the Scorpene deal because the French courts had established that there was no link between Najib and the latter.

"They keep telling the people what the late private investigator P. Balasubramaniam had said. This cannot be verified."

He added that the authorities should stop Suaram from organising such events in the future as it could be detrimental to the country.

Azwanddin said notable opposition politicians had attended the event, including Lembah Pantai member of parliament Nurul Izzah Anwar

Sunday 28 July 2013

Pengakuan Jasbir bukti Suaram, pembangkang tabur fitnah

KUALA LUMPUR 27 Julai - Pengakuan 'orang tengah' bagi perolehan kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl berhubung isu-isu berkaitan kapal selam tersebut serta model Mongolia, Altantuya Shaariibuu jelas membuktikan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan pihak pembangkang melakukan penipuan terancang untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Perkara itu ditegaskan beberapa pihak ketika memberi maklum balas terhadap pengakuan Jasbir yang berani bersumpah bahawa beliau tidak pernah berjumpa dan mengenali Altantuya selain model itu tidak terlibat atau berada di Perancis sepanjang proses rundingan pembelian Scorpene.

Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, perancangan untuk 'meruntuhkan' kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui fitnah isu Altantuya serta Scorpene sememangnya telah dirancang pihak-pihak tertentu sejak 2005.

''Ketika itu saya masih dalam PKR, saya faham perancangan ini (fitnah) telah diatur dengan cukup tersusun dan profesional. Ini melibatkan portal berita propembangkang dan pemimpin pembangkang dan perancangan itu berterusan sehingga kini.

''Pengakuan Jasbir sudah cukup membuktikan fitnah-fitnah ini adalah tipu terutama apa yang didakwa Suaram,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Dalam laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan, Jasbir mengakui tidak mengenali Altantuya, malah model tersebut tidak terlibat dalam pasukan rundingan perolehan Scorpene.

Laporan itu turut menyebut dokumen rasmi dari Perancis menjelaskan polis negara itu mengesahkan Altantuya tidak pernah memasuki Perancis dari 1999 hingga 2006.

Jasbir juga memberikan penjelasan lanjut berhubung isu utama dalam perolehan Scorpene iaitu komisen terutama pembayaran RM452 juta kepada Perimekar Sdn. Bhd., syarikat yang menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Lum Yong berkata, fitnah mengenai Scorpene dan Altantuya pernah dirungkai oleh bekas peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Noordin yang mengakui pernah diarah Ketua Pembangkang itu untuk mengada-adakan bukti dalam kes pembunuhan Altantuya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari meminta Peguam Negara bertindak segera dengan membawa Suaram ke muka pengadilan kerana menyelewengkan fakta serta menyebarkan fitnah.

"Suaram ternyata berbohong serta berniat jahat apabila memesongkan fakta sebenar mengenai urusan pembelian kapal selam Scorpene.

"Kerajaan perlu membetulkan persepsi salah yang selama ini disemai oleh Suaram," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah mendesak Suaram dan pembangkang untuk memberikan penjelasan di sebalik pengakuan Jasbir.

''Saya juga desak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang membuat fitnah ini walhal ia terbukti tidak benar.

Pihak-pihak ini ada agenda besar dan jahat untuk meruntuhkan institusi kerajaan.

''Sedangkan Naib Presiden PKR, Tian Chua pernah direkodkan mengakui perkara itu tidak benar seperti terkandung dalam penyata rasmi Parlimen,'' katanya.

Tuesday 23 July 2013

Suaram dikecam guna alasan buka puasa tabur fitnah

PETALING JAYA 22 Julai - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengecam keras tindakan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang didakwa menggunakan alasan majlis berbuka puasa dan mengutip derma makan malam bagi menabur fitnah terhadap Perdana Menteri serta negara. 

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, tindakan itu amat tidak bertanggungjawab dan menunjukkan Suaram tidak menghormati Ramadan yang merupakan bulan paling suci dalam Islam, apatah lagi majoriti pimpinan Suaram bukan terdiri daripada pemimpin agama tersebut.

Menurutnya, majlis itu juga tidak melambangkan acara berbuka puasa sebaliknya hanya momokan kononnya terdapat perbicaraan mengenai skandal pembelian kapal selam negara di Perancis, sedangkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua pernah direkodkan mengakui perkara itu tidak benar seperti terkandung dalam penyata rasmi Parlimen. 

Lebih menjengkelkan, katanya, tindakan para penceramah dalam majlis itu yang kononnya memetik maklumat daripada penyiasat persendirian, mendiang P. Balasubramaniam tentang penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu adalah amat tidak bertanggungjawab.

“Saya amat berharap agar pimpinan Suaram menghormati sedikit serta tidak menyalahgunakan alasan berbuka puasa untuk menabur fitnah terhadap pimpinan negara dalam majlis tersebut.

“Tindakan penceramah dalam majlis berkenaan seperti pemimpin PKR, R. Sivarasa dan Americk Sidhu (bekas peguam Balasubramaniam), mempergunakan atau `menjual’ nama mendiang Balasubramaniam langsung tidak menghormati keluarga si mati dan saya boleh sifatkan ini sebagai fitnah oleh orang mati," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar khas bagi mengecam Suaram kerana menganjurkan majlis dinamakan `Ops Scorpene Buka Puasa dan Makan Malam Amal’ di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Jumaat lalu di Ibu Pejabat JMM di sini hari ini.

Azwanddin turut mendakwa beliau telah dihalang menyertai majlis tersebut walaupun telah mengemukakan tiketnya yang dibeli pada harga RM150 sebelum masuk ke dalam dewan berkenaan oleh para petugas Suaram. 

Namun katanya, sebanyak tujuh pimpinan serta ahli JMM yang berjaya meloloskan diri masuk menyertai majlis tersebut kecewa melihat acara itu hanya sarat dengan fitnah terhadap Najib, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan negara.

“Menurut rakan-rakan saya yang masuk, keadaan itu menimbulkan ketidakselesaan di kalangan kira-kira lima peratus Melayu beragama Islam yang hadir sehingga mereka bangkit meninggalkan majlis, daripada 750 hadirin kesemuanya di majlis berkenaan," katanya. 

Oleh yang demikian, katanya, JMM mendesak Pendaftar Pertubuhan (ROS) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya melakukan siasatan serius terhadap tindakan Suaram mengutip derma tersebut memandangkan kumpulan itu merupakan pertubuhan tidak berdaftar.

Wednesday 12 June 2013

10 Agen SUARAM Dalam Kerajaan

PETALING JAYA – Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa terdapat lebih 10 pegawai kerajaan terlibat dalam komplot menjadi tali barut Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk mendedahkan maklumat melibatkan keselamatan negara.

Presidennya, Azwanddin Hamzah mendakwa, pegawai kerajaan itu juga terlibat menutup maklumat Suaram menerima dana asing yang dikatakan bernilai kira-kira RM100 juta sejak 1998.


Azwanddin mendakwa pegawai kerajaan itu disogok Suaram melalui dua syarikat iaitu Suara Komunikasi Enterprise dan Suara Inisiatif Sdn Bhd.

“Saya dapat beberapa bukti dan ini merisaukan kerana bagaimana pegawai kerajaan ini berani menerima sogokan Suaram untuk dedah rahsia kerajaan.

“Ia melibatkan beberapa kepentingan dalam kementerian dan jabatan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Bank Negara,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Sunday 28 April 2013

JMM dedah pertemuan tertutup

KUALA LUMPUR 27 April - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendedahkan mengenai satu pertemuan tertutup melibatkan pemimpin pakatan pembangkang, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk wakil Majlis Peguam menuntut kerajaan Malaysia membenarkan perkahwinan sejenis.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi, pertemuan itu turut disertai pertubuhan Lesbian, Gay, Biseksual, Trans dan Interseks Antarabangsa (Ilga) serta pihak Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Perjumpaan itu berlaku di sebuah hotel di Pulau Pinang lebih dua minggu lalu dan misi mereka adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara mengiktiraf perkahwinan sejenis.

''Keadaan akan menjadi lebih berbahaya sekiranya pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana ia memudahkan lagi usaha kumpulan ini menuntut kerajaan iktiraf perkahwinan sejenis.

''Saya difahamkan mereka telah pun mempunyai model untuk melaksanakan perkahwinan songsang ini. Apa yang mereka harapkan pakatan pembangkang menang pilihan raya ini agar impian mereka ini tercapai,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Baru-baru ini dalam satu ceramah di hadapan 5,000 penduduk Taman Medan, Azwanddin telah mendedahkan perkara yang serupa.

Azwanddin berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri kerana apa yang berlaku itu jika dibiarkan akan merosakkan bangsa dan negara.

"Alhamdulillah kerajaan Barisan Nasional (BN) begitu komited membanteras budaya seks songsang termasuk perkahwinan songsang. Sebab apa, sebab budaya ini budaya yang bertentangan dengan fitrah manusia.

''Islam juga jelas mengharamkan perkahwinan sebegini. Saya juga percaya semua agama serta kepercayaan di dunia ini tidak pernah mengiktiraf perkahwinan sejenis,'' katanya lagi.

Sambil mengambil contoh rusuhan di Perancis, beliau berkata, majoriti rakyat negara itu tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan membenarkan perkahwinan sejenis.



''Jika itu juga yang berlaku di Malaysia, JMM merupakan NGO pertama bangkit menentang gejala yang jijik ini. Ingat, jangan sesekali kita mengundang bala Allah,'' katanya.

Wednesday 10 April 2013

Hisham tak dapat sah atau nafi dakwaan jual maklumat

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau tidak dapat mengesah atau menafikan laporan yang mendakwa lebih 10 pegawai kerajaan menjadi tali barut sebuah NGO untuk mendedahkan maklumat kerajaan.

"(Perkara) itu, saya tidak boleh mengesahkannya atau menafikannya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kecil Kempen Keselamatan Wanita di Subang Jaya petang ini.

Bagaimanapun, tegasnya, siasatan berterusan sentiasa dibuat oleh pihaknya dalam konteks "perkara-perkara yang sensitif kepada kepentingan negara".

"Dalam konteks keselamatan negara, kita buat siasatan 24 jam (atau) 7 hari seminggu, (atau) 366 hari setahun.


"Sama ada maklumat wang ringgit, manusia, itu semua dalam dunia tanpa sempadan, tak mustahil berlaku di mana-mana negara," katanya. 

Hishammuddin mengulas dakwaan Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang dilaporkan berkata lebih 10 pegawai kerajaan terlibat dalam komplot menjadi tali barut NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk mendedahkan maklumat melibatkan keselamatan negara.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah dilapor mendakwa pegawai kerajaan itu juga terlibat menutup maklumat Suaram menerima dana asing yang dikatakan bernilai kira-kira RM100 juta sejak 1998.

Bagaimanapun Suaram menafikan dakwaan itu dan mendesak Azwanddin membuktikannya atau memohon maaf serta menarik balik dakwaan itu.

Sementara itu, mengulas mengenai permit berhubung himpunan besar-besaran anjuran Pakatan Rakyat yang dijadual berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 3 November depan, Hishammuddin berkata, pihaknya belum terima apa-apa permohonan. 

"Kalau ia melibatkan lokasi dan tempat yang tuan punya padang tadi terpaksa memberi kelulusan, mereka perlu memohon kepada pihak berkenaan, sama dengan apa yang berlaku sebelum ini," katanya.